Piala Dunia Wanita B-19 FIFA 2002

Piala Dunia Wanita B-19 FIFA 2002
Coupe du Monde de Football Féminin des Moins de 19 ans 2002
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Kanada
Tarikh17 Ogos – 1 September
Pasukan12 (dari 6 konfederasi)
Tempat(di 3 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Amerika Syarikat (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Kanada
Tempat Ketiga Jerman
Tempat Keempat Brazil
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan26
Jaringan gol101 (3.88 per perlawanan)
Kehadiran295,133 (11,351 per perlawanan)
Penjaring terbanyakKanada Christine Sinclair
(10 gol)
Pemain terbaikKanada Christine Sinclair
Anugerah Permainan Bersih Jepun
2004

Piala Dunia Wanita B-19 FIFA 2002 merupakan sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa yang telah diadakan bermula pada 17 Ogos sehingga 1 September. Ini merupakan kejohanan yang julung kali diadakan untuk pemain belia wanita yang dianjurkan oleh FIFA. Tuan rumah bagi edisi sulung ini diberikan kepada negara Kanada. Beberapa bandar utama dijadikan hos perlawanan yang diadakan seperti di Edmonton, Vancouver, dan Victoria.

Ini juga merupakan edisi pertama kejohanan yang mensyaratkan umur setiap pemain tidak lebih dari 19 tahun. Dalam edisi ini, pasukan Amerika Syarikat muncul juara menewaskan pasukan Kanada selepas tamat masa tambahan[1]. Manakala, pemain Kanada, Christine Sinclair muncul sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan dengan 10 gol.

  1. ^ "Canada 2002: The USA go all the way". FIFA. Dicapai pada 25 Mei 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy